Encik kemalangan macam mana tadi, ye?"
"Saya memandu, kereta terbabas langgar p0k0k." Lelaki berusia 30an tersebut tenang dihadapan saya. Berpakaian bersih dan kemas.
"Laju ke, kereta tu? Teruk tak kereta?" tanya saya lagi.
"Taklah, kereta kemik sikit bumper depan sahaja.'
Saya menggaru-garu kepala sambil merenung kepada kad daftar pesakit. Kad berwarna merah, bererti kes trauma dan medik0legal, kebiasaannya didahulukan gilirannya terlebih dahulu berbanding kad kuning. Kerana, well, ianya kes trauma. Kemalangan.
"Jadi...encik sendiri rasa macam mana? Ada pengsan?"
Geleng kepala.
"Ada luka di mana-mana?"
Geleng kepala.
"B0leh berjalan?"
Angguk kepala.
Saya terus menggaru kepala yang tidak gatal. Hiruk pikuk jabatan kecemasan ketika itu sedikit mengganggu. Tiga red case dengan satu sedang diintubasi rakan M0 saya. Full yell0w bed dengan dua extensi0n bed. Pemandangan biasa suasana jabatan kecemasan pada hari raya kedua.
Hari raya pertama, lengang. Biasalah. 0rang sibuk beraya. Yang mana sesak nafas, mahu ditahan dahulu taknak susahkan anak-anak untuk dibawa ke h0spital. Daging rendang pulut disulam dengan pil-pil metf0rmin dan at0rvastatin. "Sekali sekala je..hari ni kan raya."
Hari kedua, barulah sesak nafas tak tertahan, pening berputar berpinar, muncul di jabatan kecemasan dengan tekanan darah 229/133 dan paras gula 23.4mm0l.
"Err...d0kt0r?" Panggil lelaki tersebut memecah kebuntuan saya.
"Eh maaf, maaf." Saya memeriksa lelaki berkenaan. Stet0skop diletakkan di dada, jari jemari menguli perut mengesahkan semuanya n0rmal sahaja.
"Hmmm..saya check semuanya 0K sahaja. Tekanan darah pun 0K, tak ada masalah apa-apa. Encik betul tak ada sakit di mana-mana?"
"Ye, betul, d0kt0r."
"Habis, encik datang sini untuk....?" akhirnya terpacul s0alan yang membuat saya tergaru dari tadi.
"000..saya nak minta MC, d0kt0r. Tiga hari, b0leh? Cuti raya dah habis.'
Jawab beliau, jujur.
Saya hanya sekadar mampu tersenyum.
Untuk pengetahuan, pada hari tersebut, ada pesakit lain yang terpaksa menunggu dari jam 4 petang dan hanya dapat dilihat d0kt0r pada jam 12 tengah malam.
Jadi next time anda tertanya-tanya kenapa lambat sangat menunggu giliran di h0spital, jawapannya adalah kerana wujudnya segelintir yang seperti lelaki ini.
M0re imp0rtantly, d0n't be like 0ne.
Emergency Departments are f0r emergencies. Keep that in mind, please.
sumber : zonberitaterkini.blogspot
0 comments:
Post a Comment