KERINGKAN TANGAN GUNA TISU
Berapa helai tisu yang biasa kita akan ambil untuk keringkan tangan? 2, 4, 5 ?. Sebenarnya cara yang betul untuk mengeringkan tangan dengan tisu adalah dengan mengambil sehelai sahaja dan dilipat menjadi dua sebelum mengelap tangan kita.
Dengan cara ini, pr0ses yang dipanggil "intersitial suspensi0n" b0leh berlaku. Dengan bahasa biasa, ia memb0lehkan air diserap sama rata ke dalam tisu dengan lebih efisyen.
Lebih dari itu, cara ini menjimatkan tisu dan duit.
BUANG AIR BESAR
Rasanya cara ini tidak aneh bagi mereka yang masih lagi menggunakan jamban cangkung. Tapi bagi mereka yang menggunakan jamban duduk, anda perlu tahu yang cara itu sememangnya salah dan b0leh menyebabkan kemudaratan.
Ini kerana sekiranya kita duduk semasa membuang air besar, saluran usus tidak natural jika dibandingkan dengan saluran usus ketika mencangkung.
KUPAS UBI KENTANG
Jika anda selalu berada di dapur anda akan tahu 'perit' mengupas kulit ubit kentang. Tapi sekiranya anda menggunakan teknik ini, 'perit' itu akan hilang sekelip mata.
Mula-mula, rebus ubi kentang itu, kemudian masukkannya kedalam air sejuk selama lima saat. Selepas itu tarik sahaja kulitnya. Magik!.
PECAHKAN TELUR
Kebiasaannya, apabila kita cuba memecahkan telur, kita akan menggunakan permukaan yang nipis bagi memastikan telur itu retak. Dan ini akan menyebabkan serpihan kulit telur itu termasuk ke dalam mangkuk.
Untuk mengelakkan ia dari berlaku, cuba retakkan telur di atas permukaan rata dan gunakan kedua-dua belah tangan bagi menarik kulit telur. Cara ini mungkin dapat menyelamatkan sese0rang dari hilang m00d makan apabila tergigit kulit telur.
FLUSH JAMBAN
Apabila mem'flush' jamban, pastikan lubangnya sentiasa ditutup. Jika tak, cuba bayangkan kemana bau dan juga kuman akan merebak masa flush? Pastinya ke atas.
MINUM AIR TIN GUNA STRAW
Selain dari menjadi pembuka tin, kepingan aluminium kecil diatas tin minuman mempunyai tujuan lain, iaitu sebagai pemegang straw. Setelah anda membuka tin, pusing pembuka tin itu 180 darjah dan masukkan straw ke dalam tin melaluinya. Dengan itu, straw anda tidak akan terangkat naik ke atas.
TUANG CECAIR
Gambar diatas adalah cara yang betul untuk menuang cecair keluar dari kotak ataupun b0t0l. Dengan menggunakan cara ini, cecair tidak akan jatuh dengan berderai memandangkan tekanan yang kurang kerana lubangnya berada di tempat yang lebih tinggi.
Selain dari b0t0l minuman, cara yang sama b0leh diguna untuk menuang minyak pelincir dari b0t0l.
MAKAN BURGER
Pernah terfikir kenapa apabila kita makan burger, isinya selalu terkeluar se0lah-0lah melarikan diri dari dimakan?
Jawapannya adalah kerana selama ini kita memegangnya dengan cara yang salah. Cara yang betul memegang burger adalah dengan menggunakan jari kelingking sebagai s0k0ngan kepada bahagian hujung burger supaya isinya lebih kemas didalam.
KERINGKAN GELAS DENGAN CEPAT
Apabila kita meletakkan cawan secara terbalik dengan harapan ia akan kering dengan lebih cepat; dimana airnya akan mengalir kebawah hasil daya tarikan graviti; selama ini kita salah.
Ini kerana air-air itu masih terperangkap di dalam cawan itu dan akan bertukar menjadi wap air. Selepas itu, wap-wap air itu akan bertukar menjadi air semula dan pr0ses yang sama akan berulang.
Jadi, cara yang paling cepat untuk mengeringkan cawan adalah dengan membiarkan sahaja selepas dibasuh. Tapi sekiranya persekitaran anda k0t0r, adalah lebih baik anda menterbalikkannya.
sumber : siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment