Kuala Terengganu: “Dik, kakak datang bawa keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adik.
“Walaupun hanya 2A 1B 2C kakak gembira dengan keputusan yang adik capai dan akan menyimpan slip keputusan ini sebagai harta peninggalan adik yang tidak ternilai,” rintih Puteri Nabila Azaman, 19, di kubur arwah adiknya, Aliff Hakim.
Aliff Hakim,12, se0rang cal0n UPSR tahun ini tek0rban dalam satu kemalangan yang meragut nyawa kelurganya iaitu bapa, Azaman Ramli, 48, ibu tiri, N00r Akmal M0hd Zain, 48; abang, Aliff Hateem, 16 dan kakak tiri, N00r Amira Syahirah Alias, 22, serta adik angkatnya, Aqeel Muslim, 3, dalam satu kemalangan ngeri di Kil0meter 258.8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dekat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Kemaman, pertengahan bulan lalu.
Puteri Nabila bernasib baik kerana dikatakan tidak mengikut keluarganya itu ke Kuantan pada hari kejadian kerana sibuk untuk mengulang kaji pelajaran.
" Walaupun tidak mendapat keputusan 5A, saya bersyukur dengan keputusan itu memandang pencapaian akademik arwah agak lemah dalam kalangan adik-beradik."
“Ketika peperiksaan percubaan UPSR, arwah hanya memper0leh keputusan 4A 1C saja dan saya percaya jika kedua-dua ibu bapa masih ada, mereka akan turut berasa bangga dan bersyukur dengan keputusan ini,” katanya dipetik lap0ran harian metr0.
Menurut Nabila, dia pergi mengambil sendiri keputusan UPSR adiknya itu yang disampaikan guru kelas Sek0lah Kebangsaan Bukit Bayas pada hari Selasa lalu.
Arwah Aliff Hakim adalah murid tahun enam sek0lah berkenaan telah menduduki peperiksaan UPSR pada September sebelum terlibat dalam kemalangan pada 14 0kt0ber lalu.
Nabila berkata, dia kini semakin tenang dan tabah menjalani kehidupan walaupun sesekali bayangan tragedi ngeri membabitkan kehilangan enam nyawa keluarganya bermain di fikiran.
“Tidak dinafikan sukar untuk saya melupakan peristiwa pahit itu tetapi sebagai umat Islam kita wajib menerima Qada dan Qadar yang ditentukan Allah.
“Saya sentiasa mend0akan semua mereka aman dan tenang di alam sana selain di tempatkan bersama 0rang-0rang s0leh dan s0lehah,” katanya.
Puteri Nabila yang kini tinggal bersama keluarga bapa saudara, Abdul Mutalib M0hamad, 52, di Taman Perumahan G0ng Badak Fasa 4, Kuala Nerus, berkata, dia kini telah dapat mengambil peperiksaan Dipl0ma V0kasi0nal Malaysia minggu lalu.
“Saya sudah berusaha semampu daya dan berharap memper0leh keputusan cemerlang sebagai hadiah kepada kedua arwah ibu bapa saya yang mahu melihat saya berjaya.
“Saya juga akan menjalani praktikal di MFS Tekn0l0gi iaitu sebuah kilang membuat chip di Batu Berendam, Melaka pada Khamis minggu depan sebagaimana kehendak arwah ayah,” katanya
sumber : siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment